LONDON: Perkhidmatan kereta api bawah tanah London terhenti apabila kesatuan ahli pemandu kereta api London Underground (ASLEF) melakukan mogok berhubung pembayaran gaji mereka, semalam.

Tindakan ASLEF mengakibatkan warga London terpaksa menggunakan kenderaan mereka, bas dan teksi bagi membeli belah sempena jualan selepas krismas dan untuk ke perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang berlangsung semalam.

Ahli ASLEF menggundi untuk mengadakan mogok 24 jam pada 26 Disember, iaitu cuti umum di Britain yang dikenali sebagai Boxing Days, diikuti tiga tarikh lain dalam minggu akan datang.

Mogok itu diadakan apabila pemandu berang majikan mereka enggan memberikan bayaran lebih pada hari cuti dan Boxing Day. - AFP