PENDAHULUAN
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran kita serta keizinan dari Allah SWT maka tertubuhlah Persatuan yang selama ini kita cita-citakan.
Dengan adanya Persatuan ini diharap akan dapat memberi pembelaan yang sewajarnya terhadap segala permasaalahan yang dihadapi oleh Pemandu. Samada masaalah yang berkaitan dangan tugas seharian atau masaalah-masaalah yang berlaku diluar waktu bertugas.
PENGENALAN
Nama yang telah dipersetujui untuk Pertubuhan ini ialah Persatuan Pemandu Lokomotif, Keretapi Tanah Melayu, MALAYSIA atau singkatannya “PPL”.
Persatuan ini telahpun didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Kuala Lumpur pada 18hb Julai, 2006. Dan telah diluluskan penubuhannya pada 31hb Januari,2007 dengan nombor pendaftaran 0140-07-WKL.
LATAR BELAKANG
Persatuan ini ditubuhkan diatas idea yang dicetuskan oleh beberapa orang pemandu yang prihatin dengan kebajikan dan permasalahan yang sering dihadapi oleh pemandu.
Diantara kaedah yang dianggap berkesan dan paling praktikal ialah dengan menyatukan semua pemandu didalam sebuah Persatuan. Dengan adanya Persatuan ini nanti diharapkan agar hasrat untuk menyatukan suara dan pandangan semua pemandu akan tercapai.
Melalui Persatuan ini nanti sebarang permasalahan atau cadangan untuk kebaikan semua ahli akan dapat disalurkan melalui saluran yang yang betul dan berkesan setelah di buat kajian terperinci dan setelah menyediakan kertas kerja lengkap untuk menyokong sesuatu cadangan atau permintaan yang dikemukakan.
TUJUAN DAN OBJEKTIF.
KEAHLIAN.
Keahlian Biasa:
Dibuka kepada Pemandu Lokomotif dan Pemandu Lokomotif Rendah yang sedang berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Ahli Bersekutu
Dibuka kepada Pemandu Lokomotif dan Pemadu Lokomotif Rendah, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)yang telah bertukar ke jawatan lain atau yang telah bersara.
YURAN.
Bayaran Yuran yang telah dipersetujui ialah:
Yuran Pendaftaran : RM 10.00
Yuran Bulanan : RM 5.00
FAEDAH/BANTUAN *
Persatuan ini akan memberikan beberapa bentuk Faedah dan Bantuan kepada ahli-ahlinya sebagaimana yang diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan.
Faedah dan bantuan ini akan dipertingkatkan dari masa kesemasa mengikut keperluan ahli-ahli dan kemampuan kewangan Persatuan.